Welcome To MiSta HaFifi Blog
KeHidupaN PenuH PanCaroba

Jan
09
May
09

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari…….pasanganku
Bila sedih, aku cari……mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak

Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”…
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada……….

MAKKKKK…RINDU MAK….. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

May
03

sEkoR brUng tLah jaTuh ciNta deNgan maWar puTih, maWar puTih caKap biLa diYe tuKar waRna meRah baRu diYe timE brUng..lalu..brUng puN tRus melukAkan badanYa dan kenAkan daraH paDa mawaR Putih…

Dan akHirnya Mawar putiH beRtukAr jD mErah..
dAn tElah JatUh cInTa dEngAn brUng iTu…
namUn segaLanya tElah terlaMbat.. buRung itu tlaH tiAda laGi …
kerAna luKa yaNg paRah…

. HaRgaIlaH oRg yg meNyaYangi kiTa seBelUm Dia pErgi sElamAnya..dan.. xyah letakk syarat yg tinggi..t myesal x sudah..k..

Apr
26

LAgu best…for You..

Apr
26

salamz dan heloo kepada rakan2..semua…hari ini semalam esok dan mendatang….sori la kepada rakan2. kerana lama dah aku tak update blog ni…
Blog yang kesunyian dengan catatan hidup..mengapa membawa seribu erti…

Untuk bulan ini..aku agak sibuk dengan catatan, study yang telah menimpa2..keatas diri ku..
Asg yang begiitu bombastik…menyenyebabkan aku lemah semangat..Punye la susah nak buat..mungkin aku buat last minit kot..2 yang susah..

heheh..tak pe..at list aku siap juga..

27.4.2009..
adalah tarikh aku start latihan industri..
tah ape yang aku akan dapat nanti…
doa2kan la ye..
hehehehehe

Sebulan yang membawa beribu erti kesepian..
Kenapa ..mengapa…aku ni..telah mencungkil banyak rasia..
aku sunyi..mungkin telah takdir..menyebabkan aku sunyi…
sunyi dengan kesibukkan ..sunyi dengan semua..
alo ai…
tak pe..aku gumbira melihat rakan2. ku gembira…

Memancing..
AKu dan Parau telah balik ke lumut dan kite orang pi mancing..
ni adalah first time aku mancing naik bot..hehehe..
mak dan ayah aku tak tau ..senyap2 sudah..
heheheh
Selama ni aku selalu gak pi mancing..tapi kat persisiran pantai je..tak pe..pengalaman membuatkan aku
dewasa..
heheheh

ok.la aku pun dah ngantuk ni…ngantuk dengan keletihan memikirkan keadaaa.hehehe

salamz…

Mar
26

Sedarlah wahai sahabat..

“Ketika wanita diciptakan, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Diciptakan
bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan.”

“Diberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh.”

“Diberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Diberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, diberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada.”

Kirimkan bingkisan ini kepada setiap wanita yg anda kenali….
Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana…

Setiap Wanita itu Cantik….

Mar
24

Saya sukakan awak
Tp, itu tidak bermakna saya sukakan perbuatan awak..

Saya suka berkawan dengan awak
Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak berdua-duaan dengan lelaki itu

Saya memang sayangkan awak
Tapi, itu tidak bermakna saya suka tengok awak membonceng motosikal lelaki itu

Saya memang tidak suka marah awak
Tapi itu tidak bermakna saya tidak kisah awak membiarkan pipi awak dicubit lelaki itu

Saya memang jenis tak kisah (kisah sebenarnya!!)
Tapi,itu tidak bermakna saya tak tahu apa awak buat dengan lelaki itu (saya banyak link k..jadi berhati-hatilah kerana saya telah banyak mengupah SB mengintip awak)

Saya memang orang yang tak pandai tegur
Tapi, itu tidak bermakna saya suka awak berpegangan tangan dengan lelaki itu

Saya pernah dengar cinta itu indah dan harus dibuktikan (amboi3!!)
Tapi, itu tidak bermakna saya setuju dengan kenyataan itu

Saya tahu perbuatan mencium orang yang disayangi ádalah bukti kasih kita
TAPI, ITU TIDAK BERMAKNA AWAK WAJIB CIUM PIPI LELAKI ITU! (arghhh..tamparan hebat buat saya!!)

Saya bukanlah orang yang baik, saya tahu itu
Tapi, apabila melihat awak, saya rasa kucing lagi baik daripada awak
Eloklah kiranya saya berkawan dengan kucing sahaja
‘meow..meow..meh makan meh’…hu3

Saya tahu, kadang-kadang saya tiada masa menemani awak berhibur,
Tapi,itu tidak bermakna saya suka apabila awak keluar membeli belah bersama lelaki itu

(walaupun awak kata awak keluar dengan teman perempuan, tetapi deria keenam saya dapat tahu awak kuar dengan lelaki itu….! Ooohhhh…tidak..)

Saya memang pendengar yang setia
Tapi, itu tidak bermakna saya suka mendengar cerita awak mengenai lelaki itu

Saya tahu saya perlu katakan ‘I love u’ pada ayah mak, adik beradik, sahabat n suami (ops,silap, saya x kawen lg)
Tapi, saya tak tahu pula mengucapkan 3 perkataan cinta itu perlu diucapkan kepada lelaki itu……(mudahnya awak melafazkan sayang)

Saya…….
Tapi, itu tidak bermakna saya…….

saya………….
Hu…..
Saya harap awak faham

Kalau awak sukakan Sangat lelaki itu, ajaklah dia kawen, tak perlu buang masa dan tenaga membuat perkara maksiat..bukan saja menambah dosa awak, tetapi dosa orang lain juga…kalau awak malu, SAYA DENGAN BERBESAR HATI MENJADI ORANG TENGAH..korang juz prepare duet jek…!

Saya harap awak faham
Cinta yang sebenarnya bukanlah dari lelaki itu..kerana cinta yang mulia, datang dari Pencipta Cinta…cukuplah berlakon di dunia yang hina ini….cinta itu fitrah, jangan disalahkan perasaan itu, tetapi cinta perlukan hidayah. Kalau tiada Hidayah, maka ia akan menjadi FITNAH…cukuplah orang mengutuk dan berkata macam-macam terhadap awak..
Saya harap awak faham

Lelaki yang baik, tidak akan mengambil kesempatan terhadap perempuan yang dia sayangi..yakinkah dia ádalah suamimu…?yakinkah tubuh awak itu, untuk lelaki itu?
Adakah dia lelaki yang baik? Adakah dia mampu menjadi IMAM awak?bagaimana dengan surah hafazan lelaki itu? Kalau setakat 3 Qul..mmm…mimpi dalam mimpi….

Berbanding dengan lelaki itu, saya lebih-lebih lagi sayangkan awak…
Saya harap awak faham

Awak adalah wanita, yang punya maruah yang tinggi..janganlah menunjukkan aksi-aksi yang ‘saya tak tahu nak cakap apa’ kerana walau tinggi mana pun ilmu awak, kalau awak buat perkara-perkara yang ‘ saya tak tahu nak gelar sebagai apa’, awak tetap dicop sebagai orang yang bodoh..menyerahkan harta awak sebelum awak halal berbuat demikian

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
Astagfirullah
Astagfirullah
Astagfirullah

Ya Ghaffar, ampunilah dosa-dosa kami…kami lalai, kami alpa dengan dunia, maka Kau ampunilah kami, kerana Engkau Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Mengasihani….
.
Awak…kita masih ada masa untuk bertaubat..janganlah hanya jadi ‘orang yang tahu buat’..janganlah awak buat saya sedih lagi…kerana, awak adalah orang yang sangat saya sayang..saya pernah dengar, tak baek menyakiti orang yang sayangkan kita..tapi, awak nampaknya lebih menjaga hati lelaki itu daripada saya..tak apa, nanti saya berunding dengan lelaki itu, jika diizinkanNya…tetapi, saya harap, awak dan dia tiada apa-apa lagi sebelum saya bertemu dengan lelaki itu…

Dari,
hambaNya yang sayangkan ‘awak’
InsyaAllah..kita bertemu lagi di lain hari, jika diizinkan bernafas dan diizinkan bertemu dengan ‘awak’….saya nak nanges nie….tu maksudnya saya sayangkan awak..tapi ALLAH lagi-lagi-laggiiiii sayangkan awak..percayalah…walaupun lelaki itu tiada di sisi, ingatlah Allah ada menemani…awak..sayangkan saya x…?eh..silap..awak sayangkan dan cintakan Allah x..?tepuk dada Tanya IMAN..jangan ditanya pada selera.kerana selera itu berpaksikan nafsu semata yang datangnya dr syaitan toek itu…

Maafkan saya jika bahasa saya ini seperti kejam…tetapi, awak nampknya bersikap kejam terhadap diri sendiri..jadi, mungkin apabila saya bersikap kejam, akan mengahsilkan sesuatu yang neutral..cas negatif bertemu dengan cas negatif akhirnya kan menjadi positif..betul kan?kan?kan? maaf, saya orang sains bukannya sastera..x pandai bermadah…xpandai berbicara romantis…wuah..apa yang saya cakapkan ini…wallahualam..

Mar
01

2.1.2009
2.20 pagi

Salamz..pagi yang indah lagi sejuk..
Musim hujan tiba lagi…kepada member2 sori la…aku tak update blog ni..
mungkin aku dalam kecelaruan kot..
sebenarnya banyak benda aku nak tulis kat sini..tapi…aku pun tak tau nak mula bagaimana…

Hari ini adalah hari yg agak malang bagi aku…habis barang2 aku ilang
nyawa aku t.drive yg aku simpan asg semua nye dah hilang..aku pun tak tau hilang kemana..
mati aku…semua asg kene buat balik..
selain 2..kunci bilik aku boleh hilang juga…aku pun tak tau letak dimana…
adoi..adoi…mungkin bulan 3 ni akan mendatangkan kemudaratan pd aku kot..
tak pe..semua 2 dugaan ..dugaan dalam hidup yg mendewasakan aku…

Untuk kehidupan aku…..

Masa itu amat la penting…aku ni adalah insan yang biasa…jika ada salah dan silap..tolong la maafkan..
Aku telah jadi diri ku sendiri…
tapi kalau kau tak dapat menerima diri ku ini…
aku tak tau la nak cakap apa..
mmg persahabatan kita masih awal..dan aku tak nak menjanjikan apa2..kerana kita ada komiten masing2 ..
tapi berikan la aku sedikit ruang untuk ..ruang yang membolehkan aku hadir didalam diri mu dan lebih mengenali diri mu sedalam-dalamnya..
mungkin itu susah..mungkin aku bukan lelaki dambaan mu…mungkin aku tidak perfect…
tetapi aku berusaha dan berdoa…
aku akan terus berusaha sehingga lah dia cakap stop…
Stop untuk kali yang keberapa pun aku tak tau la…mungkin ayat stop ini memang dibuat untuk aku kot.
mungkin aku telah ditakdirkan bersendirian dan tak akan mendapat seperti orang-orang lain..

bertemu dengan mu membawa seribu erti….berterus terang…mungkin aku paham..
aku taknak persahabatan kerana sifat belas kasihan..kerana aku berkawan bukan sebab belas kasihan..aku bersukur sgt kerana bertemu dan mengenali mu..Insakallah..kalau diberkati tuhan…sifat ku..dan perangai ku akan ku ubah untuk kebaikkan…

kesabaran itu penting Mohamad Hafifi B. Ahmad Keflee…sabar diatas segala dugaan ya..
orang yang sabar..akan diberkati Allah insakallah…

MASP.
majis anugerah kolej telah habis..tahniah kepada penganjur…best…korang mmng best buat dinner..
heheh..aktiviti yang lepas biarkan lepas..cuma perlu di kaji untuk diperbaiki..jangan la..membawa diri kalau tak disukai..ambil ia satu iktibar untk berjaya dan cuba tingkatkan prestasi…

Malam Yang Sejuk dah agak kecelaruan bagi aku..mungkin bulan yang mendatang akan membawa lebih banyak rahmat kepada ku..

2.45 pagi..

Aku yg kecelaruan…Mungkin akan lebih kecelaruan..

Feb
25

11.58 pm
25.02.2009

salamz.dan Helo kepada semua
Untuk semalam dan mendatang

Setiap Kehendak yang aku hendak selama ini kenapa-kenape sering ada sekatan..
Mungkin perlu lebih usaha..mungkin akan berjaya..
Gagal sekali bukan untuk selamanya..

Untuk nukilan ….yang tah apa-apa ni..
semalam adalah match hoki aku..
kami seri sekali lagi..mungkin rezeki begitu..
usaha telah berusaha..
mungkin ada hikmah disebalik segala kejadian..

Hari ini aku kesorangan lagi..mungkin aku telah ditakdirkan berseorangan…
mungkin menyendiri lebih baik..
seorang itu perlu…
..mungkin mereka semua sibuk…sibuk dengan kerja-kerja…

Ni aku baru lepas buat asg aku…nak study ..tapi malas …kenape ye…mungkin penyakit malas ni dah tak leh hilang kot…
ada siapa-siapa ada ubat malas ni…

Minggu depan mungkin hari yang sibuk bagi aku..
dengan The new projek for the Imagine concept..
mungkin dengan asg yang belambak..
mungkin asg berniaga…
mungkin juga tiada apa-ape
kita lihat sahaja la ye..
hehehehe…

aku rindu..kecelaruan…pening…bermasaalah..
aku pun tak tau ape sebabnye..
aku tak tau apa puncanya..
ada siapa-siapa leh tolong cari puncanye..

tah a…manjang je nukilan aku ni ayat sedih2..je..aku pun tak tau a…mungkin blog ni..leh menyelesaikan nye kot..
hehehe…

ni aku nak kasi tau kat korang semua…aku dah beli no celcom seperti yang korang vote 2..
tapi aku tak aktif lagi..tah a..beli pun tak tau nak call,msg sape..
tapi maxis mmg problem kat upm ni…
bermasalah dan mendatangkan masalah untuk aku…

ok la…aku doa kan semua rakan-rakan ku berjaya didunia dan akhirat..
semoga diberkati Oleh Allah..hendaknya..

26.02.2009
12.00 am..
salamz..

Feb
20

21.02.09
sabtu 3.04am

salamz..helo..kepada rakan-rakan..

Nukilan ku pada hari ini …tentang kehidupan..kehidupan yang penuh pancaroba..
hahaha…

Untuk minggu ni …pelbagai benda aku dah alami…dari segi sukan..study…

ni first aku nak cite pasal sukan…minggu ni…adalah games hoki aku…untuk team hoki k2…kami kat sini tak de nasib a…seri dengan kosas 0-0…
tah a..aku dah bagi 110 % tenaga aku..tapi tak de rezeki nak buat mcm mana kan…tak leh nak score..
mungkin minggu depan bertemu dengan k-17…ok kot..leh menang ko…
cayok-cayok k2…kite boleh menang…hahahaha

dari segi study lak..untuk result first test aku…byk markah tak memuaskan aku..mungkin silap aku gak…study last minit…2 yang dapat markah ala kadar..tah..a..mungkin kot…byk faktor luar yang mempengaruhi aku…
tak pe…aku terima..aku yang cari sendiri..sape suruh..hahahah

Boleh lagi..kehidupan mesti diteruskan…apa-apa pun…selagi nyawa dikandung badan akan aku berusaha,…

Ni sebenarnye hari ni…hari jadi best friends aku…faiz a.k.a parau namanya..kat sini aku nak ucapkan happy besday untuk kau…selamat hari jadi yang ke 23…dah tua dah kite…
sama-sama lah kita jalani hari yang mendatang dengan fikiran dan hati yang terbuka…hahaha

Kat sini aku tujukan v.clip ni kat kau faiz…

Ok last sekali kepada team Softball dan Bola Baling Pagi ni Ada Match kan…Lawan lok2…Cayok2..mesti menangnye a…hehehe…ok..

Last sekali..Kepada yang berniaga makanan dan air pagi ni di padang…semoga untung banyak2 aku doakan..

salamz…
3.21am..